Saturday, July 1, 2017

Cara basuh mesin basuh

Pernahkan anda cuci mesin basuh? Kenapa perlu cuci mesin basuh? Yalah, dah selama ini guna untuk basuh pakaian kotor dan sebagainya sudah tentu mesin basuh kita terdedah kepada pelbagai kotoran.

Tahukah anda mesin basuh juga perlu dibasuh? Bagaimana cara untuk cuci mesin basuh? Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu ikuti 4 langkah mudah untuk cuci mesin basuh sebagaimana yang dikongsikan dibawah.

Guna mesin basuh untuk basuh pakaian kita. Tapi kita selalu terlupa yang sebenarnya kita kena basuh mesin basuh kita tau. Nak tahu bila masa yang tepat untuk kita cuci mesin basuh?

Semasa pakaian menjadi hapak bila ditinggalkan semalaman dalam mesin basuh dan bila ada banyak seakan-akan kertas atau tisu yang dicarik. Itulah tandanya korang kena cuci mesin basuh tu! Ikut langkah kat bawah ni…

LANGKAH 1

Cabut penapis yang ada didalam tangki cuci sebersih-bersihnya dan pasang semula.

LANGKAH 2

Pilih program@course@mode ” TUB CLEANING”.

Kalau tak ada pilihan tersebut boleh pilih “SOAK”.

Kalau tak ada juga boleh pilih mana-mana “course” cuma pastikan pilih cycle “wash” SAHAJA.

Pastikan “WATER LEVEL” adalah tahap maksimum.

Kemudian tekan “START”.

Nota: Pastikan tidak memasukan apa-apa pakaian didalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.

LANGKAH 3

Bila air dah 1/3 penuh, letakan bahan pencuci bersesuaian diantaranya:

Produk ada dipasaran. Pastikan ianya mengandungi…

1. SODIUM PERCARBONATE atau SODIUM CARBONATE (300Gram)

atau

2. Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )

atau

3. Jenama CALGON @ COSWAY@OXY@( 300gram)

atau

4. 140 Gram Soda ( RM3.00 ) dicampur bersama cuka putih 750ML ( RM2.50) yang telah dicampur didalam bekas lain sebelum dimasukkan kedalam mesin

atau

5. Pencuci jenama “ZIP ” ACTIVE FORMULA with BICARBONATE. Pastikan bancuh sebelum memasukkan didalam mesin (300Gram)

atau

6. tidak meletakkan apa-apa pun boleh juga, cuma kurang effektif kerja pencucian tersebut.

LANGKAH 4

Jika anda memilih mode pembasuhan:

1. TUB CLEANING
2. SOAK

Kerja anda lebih mudah , tak perlu tunggu, siap jer dah ok.

Jika memilih mode pembasuhan WASH sahaja, selepas mesin telah siap cycle 3 minit. Biarkan mesin terendam selama satu jam. Selepas satu jam pilih mode.

“wash” 8 minit“RINSE” 2 kali“Spin”1 minit

Pastikan selepas mode tersebut siap, tiada keladak yang tinggal didalam dasar tangki. Jika masih ada, cuci filter terlebih dahulu dan ulangi step wash, rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.

= = SIAP = =

NOTA :

1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ni , pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, sebab memakan masa yang lama. (Anggaran 2 jam )

2. Pastikan bahan-bahan yang saya cadangkan tu sesuai dengan mesin anda. Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ni.

3. Kalo tak yakin dengan bahan ni, cari di pasaran memang ada bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.

Saturday, November 7, 2015

mari kenal kekasih Allah ( nabi muhammad S.A.W.)

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.




BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan 
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 
24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 
8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’



Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.